Saturday, January 29, 2011

perjalanan ke kundasang...



seperkara yg anda perlu ketahui, perjalanan ke kundasang agak mencabar dgn jalan yg berliku2 dan memanjat bukit.. maka kereta yg sesuai perlu dipilih semasa anda menyewa kenderaan... perjalanan akan mengambil masa lbh kurang 2 jam dr kk menuju ke kundasang... cari arah menuju ke tuaran atau pun tamparuli dan teruskan perjalanan ke kundasang atau ranau... sebaik melepasi tamparuli, anda akan mula mendaki bukit dan melalui jalan yg berliku...



sepanjang perjalanan ke kundasang, anda akan menikmati pemandangan yg indah dgn bukit bukau yg terbentang luas di sekeliling anda... selepas hampir 1 jam perjalanan, anda akan melalui kawasan yg paling tinggi yg dpt dicapai dgn kenderaan... di kawasan ini bnyk tempat2 yg diselaputi awan... nampak seperti kabus tapi sebenarnya awan yg melintangi perjalanan anda...maknanya, kedudukan anda sudah sama aras dgn awan... mmg menyeronokkan dan antara pengalaman yg tidak dpt anda nikmati di tempat lain... jadi hidupkan lampu kenderaan anda apabila kereta anda melintasi kawasan yg berawan...














sebelum tiba ke kundasang, singgah sebentar di pekan nabalu utk membeli hasil kraftangan di sini... harganya agak murah juga jika dibandingkan dgn harga di bandar kk... tetapi kena tawar lah... kalau harga pd tanda harga mmg mahal... ada juga yg tak pandai cakap melayu, mereka akan menggunakan kalkulator utk menunjukkan harga yg sudah didiskaunkan kpd anda...





1 comment:

  1. salam,

    mana lagi update psl sabah?nak tau lagi..hehehe

    ReplyDelete