Saturday, January 29, 2011

perjalanan ke kundasang...



seperkara yg anda perlu ketahui, perjalanan ke kundasang agak mencabar dgn jalan yg berliku2 dan memanjat bukit.. maka kereta yg sesuai perlu dipilih semasa anda menyewa kenderaan... perjalanan akan mengambil masa lbh kurang 2 jam dr kk menuju ke kundasang... cari arah menuju ke tuaran atau pun tamparuli dan teruskan perjalanan ke kundasang atau ranau... sebaik melepasi tamparuli, anda akan mula mendaki bukit dan melalui jalan yg berliku...



sepanjang perjalanan ke kundasang, anda akan menikmati pemandangan yg indah dgn bukit bukau yg terbentang luas di sekeliling anda... selepas hampir 1 jam perjalanan, anda akan melalui kawasan yg paling tinggi yg dpt dicapai dgn kenderaan... di kawasan ini bnyk tempat2 yg diselaputi awan... nampak seperti kabus tapi sebenarnya awan yg melintangi perjalanan anda...maknanya, kedudukan anda sudah sama aras dgn awan... mmg menyeronokkan dan antara pengalaman yg tidak dpt anda nikmati di tempat lain... jadi hidupkan lampu kenderaan anda apabila kereta anda melintasi kawasan yg berawan...














sebelum tiba ke kundasang, singgah sebentar di pekan nabalu utk membeli hasil kraftangan di sini... harganya agak murah juga jika dibandingkan dgn harga di bandar kk... tetapi kena tawar lah... kalau harga pd tanda harga mmg mahal... ada juga yg tak pandai cakap melayu, mereka akan menggunakan kalkulator utk menunjukkan harga yg sudah didiskaunkan kpd anda...





merancang percutian ke kundasang...

sebelum memulakan sebarang percutian, perkara pertama yg perlu diuruskan adh pengangkutan... jika anda tinggal di semenanjung, perjalanan ke kundasang haruslah menggunakan kapal terbang... tempahlah penerbangan anda ketika promosi dijalankan... sewaktu kami sekeluarga ke kundasang, kami membuat tempahan penerbangan dgn air asia ketika tawaran tempat duduk percuma... cuma RM 215 utk perjalanan seramai 5 orang termasuk makanan dan luggage... murah dan berbaloi2...

anda juga harus membuat perancangan ttg pengangkutan bila tiba di Sabah nnt... lbh baik tempah kereta sewa sebaik saja tempahan kapal terbang dilakukan... kalau terlambat, takut dah tak banyak pilihan... tinggal yg mahal2 pula nnt... jika anda menyewa dgn sykt2 yg besar, harganya blh jadi mahal sedikit... jadi saya sarankan anda mencari beberapa maklumat penyewaan kereta di Sabah melalui internet... boleh dpt harga yg lbh murah dan servis yg lbh baik... dan seperkara lg yg penting utk anda ketahui... setelah tiba di airport kk, anda perlu menyewa kereta utk kemana2 walaupun tempatnya dekat... jadi utk ke kawasan sekitar kk, harganya dlm RM 50 utk 1 buah kereta... mahal kan... jadi, lbh baik anda sewa kereta sebaik sahaja anda smpi di airport kk... sebelum ke hotel, blh la jalan2 sekitar bandar kk dulu...

selepas pengangkutan selesai, skrg masanya utk anda menguruskan penginapan pula... jika anda ingin merancang percutian bajet, anda blh la menginap di Tune Hotel... yg ni pun mcm air asia juga... lbh cepat anda tempah, lbh murah harganya... dgn harga serendah RM 18 semalam, anda blh tidur dgn selesa... tune hotel ini juga terletak bersebelahan dgn kompleks membeli belah 1borneo... jadi tak ada masalah utk mencari barang keperluan dan makanan... selain itu, bnyk juga hotel2 bajet di sekitar kk... rajin2kan diri anda mencari maklumat2 di internet...